Aurora – Pertunjukan Cahaya di Langit

aurora-borealis-hijau

Aurora Borealis di Norway.

Aurora amat sinonim dengan negara kutub di bahagian barat peta dunia, seperti di Norway, Finland dan Iceland.

Ia merupakan fenomena alam di mana cahaya istimewa dapat dilihat memancar di langit. Fenomena yang popular di negara-negara bahagian utara tersebut dinamakan sebagai Aurora Borealis, juga dikenali sebagai “Northern Lights”.

Tetapi, tahukah anda, terdapat sejenis lagi aurora yang lebih hampir dengan negara kita, Malaysia?

Berlawanan dengan “Northern Lights”, aurora ini dikenali sebagai “Southern Lights” dengan nama Aurora Australis.

aurora-australis-merah

Aurora Australis ini membuatkan langit bercahaya merah.

Dari namanya sahaja sudah dapat agak di mana ia boleh dilihat, bukan?
Ya, Aurora Australis boleh dilihat di beberapa bahagian Australia, terutamanya di bahagian selatan Australia seperti Tasmania, juga di New Zealand.

aurora-nz-kuning

Aurora Australis berwarna kuning dan ungu berdekatan Christchurch, New Zealand.

Kalau anda berpeluang menjejakkan kaki ke sana, jangan lupa untuk perhatikan langit, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Mungkin anda bernasib baik dapat melihat keistimewaan alam ini!

Kongsi pendapat anda