Awas! Pengguna Laluan Kecemasan

Pabila musim perayaan, sudah pasti jutaan kenderaan membanjiri jalanraya. Tidak kira ke utara, selatan ataupun pantai timur, sudah pasti sesak dan menyesakkan. Ada yang mengambil masa 14 jam atau lebih untuk pulang beraya ke Kelantan dengan menggunakan jalan darat.

Untuk memastikan pengguna jalanraya berhemah ketika keadaan tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah mengumumkan untuk para pengguna jalanraya lain membantu dan menghantar aduan kepada pihak JPJ.

amaran JPJ

Aduan kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan boleh dihantar terus ke aduantrafik@jpj.gov.my . Pastikan gambar kelihatan jelas dan terang, nyatakan tarikh, masa, lokasi dan butiran pengadu perlu lengkap

Berhati-hati di jalanraya. Jangan ada yang berhabis duit untuk bayar saman je.

Kongsi pendapat anda