Axia Terima 6,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Perodua Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia telah menerima tempahan sebanyak 6,000 unit sehingga Ahad lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat tidak meletakkan sasaran bagi jumlah tempahan yang dibuat oleh pengguna sebelum pelancaran rasmi model berkenaan.

Perodua Axia

Aminar berkata model tersebut akan dilancarkan pada bulan depan dan Perodua menyasarkan jualan sebanyak 8,000 unit sebulan selepas pelancarannya.

Axia merupakan kereta Perodua yang paling cekap tenaga dan berpotensi melalui perjalanan sehingga 21.6 kilometer seliter. Ia juga luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

Perodua Axia berharga antara RM24,900 dan RM45,300 di Semenanjung Malaysia.

Kongsi pendapat anda