Ayda Jebat Dimalukan Ketika ‘Berselfie’

Kehadiran bintang terkenal dari luar negara pasti dinanti-nantikan oleh setiap orang. Bertambah manis apabila dapat ‘berselfie’ dengan mereka. Tetapi lain pula ceritanya kepada Ayda Jebat.

Pada hari Ahad yang lalu, bintang terkenal dari Korea Selatan Lee Kwang Soo telah datang ke Malaysia bagi acara 100Plus Running Man Challenge di Paradigm Mall, Kelana Jaya.

2-ayda-jebat

Insiden bermula apabila Ayda serta rakan artis yang lain sudah bersedia untuk bergambar bersama Kwang Soo namun sebaik saja mereka semua tersenyum, tiba tiba seorang ‘bodyguard’ dengan pantas merampas telefon yang dipegang oleh Ayda.

Perkara tersebut membuatkan semua selebriti terkejut termasuklah Kwang Soo sendiri. Namun tidak berfikir panjang, Kwang Soo kembali mendapatkan telefon berkenaan dan sambung semula selfie.

1-ayda-jebat

Tindakan Kwang Soo itu disambut dengan sorakan dan tepukan daripada ribuan penonton yang hadir.

Rata rata peminat Ayda turut terkejut dan ada yang emosi di atas kejadian tersebut.

Kongsi pendapat anda