Azizulhasni menang gangsa olimpik Rio 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang mencipta sejarah selepas menjadi pelumba basikal pertama negara untuk memenangi pingat dalam Temasya Olimpik Rio 2016 selepas meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio, sebentar tadi.


Atlet kelahiran Terengganu itu akhirnya berjaya membawa pulang pingat daripada Temasya berprestij itu selepas gagal dalam percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.

Kemenangan pingat The Pocketrocketman itu merupakan sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon menghadiahkan pingat perak buat negara menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.


Banyak kontroversi berlaku, dua kali perlumbaan tersebut dibatalkan apabila pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu.

Pingat emas dimenangi Jason Kenny dari Britain manakala ditempat kedua milik Matthijs Buchli dari Belanda.

Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli..

Kongsi pendapat anda