Pelakon Azmil Mustapha dimasukkan ke Unit Jagaan Koronari (CCU) Hospital Putrajaya akibat jantung tidak berfungsi secara normal. Azmil atau nama asalnya Mohammad Azmil Mustapha, 63, adalah pelakon yang terkenal di era 80-an menerusi filem seperti Mekanik dan Ali Setan.
Status itu dimuat naik oleh adik Azmil, Aziph menerusi akaun Facebook miliknya.
Pihak hospital meminta anggota keluarga untuk berada dekat dengan abangnya. Hal ini juga mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk radio KLFM yang menghubungi Aziph untuk kemaskini keadaan semasa Azmil Mustapha.
Semoga Azmil Mustapha kembali sihat seperti sediakala dan didoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau.
#prayforazmilmustapha