Azmin MB Selangor yang baru, kata sumber

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dikatakan bakal mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok pada pukul 10 pagi. Menurut The Malaysian Insider, desas desus sejak beberapa hari yang lalu kuat mengatakan bahawa Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Azmin Ali MB Selangor

Media melaporkan minggu lalu Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah mengadakan pertemuan berasingan dengan Azmin dua Adun PAS Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menilai kesesuaian mereka sebagai menteri besar.

PKR dan DAP sepakat untuk menamakan Datin Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor, tetapi tidak dapat dipastikan lagi apa langkah seterusnya jika Sultan Selangor memilih Azmin Ali sebagai pengganti Khalid Ibrahim.

Adakah “Langkah Kajang” berjaya?

Kongsi pendapat anda