Bagaimana Gajah Tidur?

gajah-jalan

Para saintis dan pengkaji mendapati secara purata, gajah liar tidur selama 2 jam sahaja sehari.
Mereka mampu tidur dalam keadaan berbaring dan berdiri.
Malah, kadangkala gajah tidak tidur langsung selama beberapa hari!

gajah-anak

Ini berdasarkan laporan dari Profesor Paul Manger, seorang profesor di bahagian Sains Anatomi, Universiti Witwatersrand di Afrika Selatan yang telah bersama beberapa pengkaji lain membuat kajian selama 35 hari dengan menganalisa kehidupan dua ekor gajah liar di Botswana.

kawanan-gajah

Menurut kajian mereka, gajah-gajah tersebut boleh bertahan selama 46 jam tanpa tidur dan berjalan sejauh 130 km, demi mengelakkan ancaman haiwan buas seperti singa dan ancaman manusia yang berkemungkinan menceroboh kawasan tersebut.

Kongsi pendapat anda