Bahagia Itu Apa?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Bahagia. Apa itu bahagia? Macam mana orang yang bahagia? Apakah kita rasa dah bahagia? Ini adalah persoalan yang timbul daripada penulis, mungkin pembaca lain ada terfikirkan juga, boleh jadi sama dan boleh jadi tidak, tidak mengapa kerana penulis meraikan semua pandangan.

4-bahagia

Baiklah, bahagia. Setiap orang mencari kebahagiaan. Betul tak? Termasuk juga saya, anda, kamu dan juga jutaan manusia di muka bumi ini. Kalau kita bertanya pada beberapa orang misalannya “apa yang ingin anda dapatkan dalam hidup ini”, kebanyakan mereka akan menjawab “saya ingin bahagia”.

Dan datang pula persoalan seterusnya “adakah kita fikir kita sudah bahagia?”. Mungkin ada yang jawa “ya” dan ada yang jawab “tidak”.

2-bahagia

Tetapi apa yang penulis ingin kongsikan di sini ialah “apa sebenarnya bahagia”. Kita akan mendapat kefahaman yang lebih jelas apabila kita faham tentang maksudnya. Ala macam kita nak pergi ke rumah kawan, kita mesti ada alamat rumah yang lengkap kemudian baru cari rumahnya, kan? Sama la dengan konsep bahagia ni, Kita pun akan dapat capai bahagia jika kita tahu dimana bahagia.

1-bahagia

Ada orang mengatakan bahagia itu :

“memiliki rumah besar, kereta besar, isteri yang cantik, anak yang comel”

 

“hidup senang tanpa sebarang masalah”

 

“menjadi diri sendiri”

 

“bebas melakukan apa sahaja dan tidak bergantung dengan orang lain”

Kesimpulannya setiap orang mempunyai maksud bahagia masing-maisng. Bahagian penulis tidak sama dengan bahagia pembaca. Kan? Begitu juga sebaliknya. Tetapi boleh jadi bahagia versi pembaca, berguna dalam memberikan gambaran bagi pembaca yang lain. Betul tak?

3-bahagia

Jadi, artikel kali ini memang sengaja ditulis bagi mengumpul sebanyak mungkin maksud bahagia. Kongsikan maksud bahagia menurut anda di ruangan komen.

Menurut saya, maksud bahagia ialah :

Kongsi pendapat anda