Banjir di Pulau Pinang : Lim Guan Eng minta bantuan Zahid Hamidi

Kerajaan negeri Pulau Pinang mohon bantuan ATM menerusi TPM Zahid susulan banjir semakin buruk.

Keadaan kini bertambah genting. Air masih naik. Angin ribut masih kuat. Air sampai 10 kaki, 12 kaki melepasi bumbung di Pulau Pinang. Pusat perkhidmatan takde bekalan elektrik. Pulau Pinang… minta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia. Saya telah berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri dan saya minta Tan Sri Ahmad Zahid Hamidi, terima kasih atas panggilan saya pada hampir 3.30 pagi dan beliau berjanji untuk menghantar Angkatan Tentera Malaysia untuk selamatkan Pulau Pinang.

Harap semua untuk terus bersabar… terus bersabar. Dan kita akan cuba pastikan bantuan akan sampai. Sabar… Jaga keselamatan anda dan keluarga anda. Terima kasih.
(Lim Guan Eng, Pulau Pinang)

sumber: Penang Online

Kongsi pendapat anda