Banjir Lumpur di Pekan Ringlet Cameron Highlands

Lebih 20 buah rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah di sini akibat limpahan Sungai Ringlet, 7 malam tadi.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

pekan ringlet banjir lumpur 2014

Gambar Cameron Highlands Banjir

Banjir Cameron Highlands

Pekan Ringlet Banjir

Sumber Gambar : Harian Metro dan Facebook Uwais Al-Pekani

“Lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu, ” Ketua Kampung Ringlet Looi Chin Chin

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan dua penduduk dilaporkan cedera ringan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira empat kilometer dari kawasan tragedi Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober tahun lalu.

Kebelakangan ini sering berlaku fenomena alam seperti hujan yang sangat lebat, puting beliung di Kedah dan kini banjir di tanah tinggi Cameron Highlands. Adakah ini salah satu kesan Gerhana Bulan Berdarah ataupun kesan dari tangan-tangan manusia yang mengabaikan aspek keselamatan?

Kongsi pendapat anda