Banjir : Pelajar SPM Terpaksa Naik Lori Bomba

Gara-gara hujan lebat yang turun sejak kebelakangan ini. Sudah ada beberapa tempat yang telah dimasuki air sehingga menyebabkan laluan utama pengangkutan awam terjejas.

Terbaru, Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Menteri, Kuala Sepetang, terpaksa menaiki lori Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Sekolah Menengah Matang, berikutan limpahan air akibat fenomena air pasang besar.

pelajar naik lori bomba

Pihak bomba berkata “kami menggunakan sebuah lori membawa kira-kira lima pelajar itu ke sekolah mereka pada jam 7 pagi tadi.

Alhamdulillah semuanya selamat dan jangan lupa jaga diri semasa fenomena air pasang besar ini ya.

Baca sini asamboi dot my.

Walaubagaimanapun anggaplah ini sebagai dugaan yang ada hikmah daripada Allah s.w.t. kepada calon-calon SPM 2016 semua. Mudah-mudahan kalian cekal dan sentiasa kekal fokus dalam menjawab kertas peperiksaan.

Penulis mendoakan agar kalian mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

banjir di perak

spm-2

Kongsi pendapat anda