Barcelona sekadar berputih mata

pep-guardiola

Manchester City mencatat  kemenangan 3-1 ke atas Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi di Stadium Etihad..

Manchester City telah mempamerkan aksi berkeyakinan tinggi pada separuh masa ke-2 untuk meraih tiga mata penuh, selain merapatkan jurang mereka dengan pendahulu Kumpulan C itu.

Lionel Messi terlebih dahulu menggegar gawang lawan di Stadium Etihad, sebelum Ilkay Gundogan menyamakan kedudukan apabila mengambil kesempatan di atas kesilapan Sergi Roberto yang cuba melakukan hantaran di bahagian pertahanan.

Permulaan garang pada babak kedua meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan percuma Kevin De Bruyne, sebelum Gundogan sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka dengan ledakan gol kedua peribadinya.

Manchester City berada pada pusingan kalah mati jika mereka menang pada 23 November nanti.

man-city messi

Kongsi pendapat anda