Bekas adik ipar Agong kahwini isteri baru, jangan guna title Dato kalau bukan Dato

Selamat pengantin baru.

Tahniah kepada pengantin baru Harry Aziz atau nama sebenarnya Azri bin Aziz.

Sebelum ini beliau berkahwin dengan kerabat diraja Pahang yang merupakan adik kepada Agong kita sekarang.

Pernikahan dan seterusnya persandingan berlangsung pada hari sabtu yang lalu iaitu 23 Februari 2019 di Laman Puteh, Seremban 2.

Majlis kedua-dua mempelai berlangsung pada waktu malam dan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai.

“Hasil Dari Idea Dan Lakaran Bentuk Pelamin Dari Kami Sendiri, Maka Terjadilah Bentuk Mahligai Ini…Alhamdulilah Ramai Yang Cakap Cantik…” begitulah yang ditulis di laman Facebook pengantin baru, Harry Aziz.

Harry Aziz juga sempat menyanyikan lagu untuk isteri barunya di pelamin tersebut.

Kakaknya Azura Aziz berkesempatan untuk menyanyikan lagu yang bertajuk Di Setiap Mahu Mu.

Patutlah, Harry Aziz pun apa kurangnya dalam bidang muzik. Beliau popular dengan lagu She’s Gone, menyanyi sambil bermain dram

Begitulah serba sedikit majlis pernikahan dan persandingan bekas adik ipar Agong yang berlangsung baru-baru ini. Tapi, titlenya Dato Indera lagi ke?

Selamat pengantin baru Harry Aziz dan Nadhira!

Kongsi pendapat anda