Beli Tiket Final Piala Malaysia 2016

Bahang Final Piala Malaysia 2016 sudah terasa.

Tarikh 30 Oktober 2016 bakal menyaksikan pasukan bolasepak Kedah Darul Aman menentang Selangor Darul Ehsan. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam akan bermula pada jam 9 malam.

Walaubagaimanapun, rata-rata dikhabarkan tiket final begitu laris sehinggakan hanya 30 minit sudah habis di kaunter Stadium. Ada yang datang seawal jam 6 pagi semata-mata untuk beratur dan membeli tiket Final.

ticket-hotline-final-piala-malaysia-2016

Cara Untuk Beli Tiket Final Piala Malaysia 2016

Login ke http://tickethotline.com.my

Klik Buy Ticket

Pilih berapa keping tiket (Maksimum 4 keping seorang)

Buat bayaran di atas talian.

*laman web jualan tiket secara online sentiasa sesak dan kadangkala tidak dapat tembus.

beli-tiket-final-piala-malaysia-2016

Bayaran dikenakan termasuk Online processing fee dan juga GST. Jadi, harganya lebih sedikit iaitu RM54.59 untuk sekeping tiket jika membeli secara online di http://tickethotline.com.my

tiket-final-piala-malaysia-2016

Bagi kedua-dua penyokong pasukan Kedah dan Selangor, diucapkan selamat maju jaya dan sokonglah pasukan masing-masing dengan semangat kesukanan.

Kongsi pendapat anda