Beregu Badminton Lelaki Negara Kini Bergelar Status Nombor 1 Dunia

Hari ini Malaysia dikhabarkan dengan satu lagi berita gembira di mana beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

beregu-1

Pasti semua tahu kan tentang kemenangan mereka meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio de Janeiro lalu, dan kini Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Okt lepas.

Berikut adalah senarai 10 beregu terbaik dunia :

  1. Malaysia (V Shem GOH, Wee Kiong TAN)
  2. China (CHAI Biao, HONG Wei)
  3. Denmark (Mathias BOE, Carsten MOGENSEN)
  4. China (LI Junhui, LIU Yuchen)
  5. Indonesia (Hendra SETIAWAN, Mohammad AHSAN)
  6. China (FU Haifeng, ZHANG Nan)
  7. Indonesia (Marcus Fernaldi GIDEON, Kevin Sanjaya SUKAMULJO)
  8. Indonesia (Angga PRATAMAR, Ricky Karanda SUWARDI)
  9. Rusia (Vladimir IVANOV, Ivan SOZONOV)
  10. Jepun (Hiroyuki ENDO, Kenichi KAYAKAWA)

Menurut laman web http://www.bwfbadminton.org, beregu negara ini meraih 71,297 mata. Tahniah diucapkan kepada beregu lelaki negara. Harumlah nama Malaysia di persada dunia.

beregu-2 beregu-3

Kongsi pendapat anda