Berhati-hati Dalam Melaksanakan Kerja

Hari ini penulis melihat di dada akhbar terlihat satu berita mengenai seorang wanita maut kerana tersepit di dalam mesin pembancuh tepung di Johor Bahru.

Mangsa yang dikenali sebagai Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung itu dan tiba-tiba tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.

mayat

maut-dalam-mesin

Allahu, sungguh sadis saat kematian beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Nasihat penulis kepada teman-teman sekerja yang bekerja dengan mesin khususnya berhati-hatilah dalam melakukan tugas. Sentiasa ikut peraturan yang telah ditetapkan seperti penanda AWAS, memakai penutup kepala, memakai sarung tangan dan lain-lain. Semoga kita semua dihindar dari kecelakaan ini. Amin.

Kongsi pendapat anda