Berjalan 340km demi Bantah Bauksit

Peserta kempen anti Bauksit iaitu kumpulan #red2green yang berjalan kaki bermula dari Beserah, Pahang tiba di perkarangan pagar utama Parlimen demi membantah pencemaran alam sekitar di negeri itu.

Mereka telah berjalan sejauh 340km selama 17 hari bagi menyerahkan memorandum menuntut pelanjutan tempoh moratorium perlombongan bauksit sehingga wujudnya tatacara pengendalian piawan bagi menjamin pencemaran sifar.

Bauksit rally

Kira-kira 30 orang yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk melalui program ini datang ke Parlimen dalam misi membawa memorandum rayuan menentang pencemaran itu. Mereka berkumpul di luar parlimen

Memorandum kemudiannya diserahkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kepada Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Mohd Nazif Jamaludin pada jam 10.45 pagi.

Apakah kesudahan isu bauksit ini?

Kongsi pendapat anda