Betul Bukan Bererti Tepat

efunsantapan-minda-79

Hari ini penulis ingin berkongsi tentang tajuk di atas. Ini adalah berdasarkan pengamatan penulis dengan masyarakat sekeliling.

Ada satu hari tu penulis menyertai mesyuarat kampung. Dalam tu semua hadir, ada ketua kampung, ada setiasusaha, ada bendahari, ada AJK dan semua lah.

Kami membincangkan tentang program yang akan dilaksanakan. Biasalah kan bila kita bercampur dengan orang ni mesti akan berlaku perselisihan pendapat. Ala biasalah tu. Tapi yang penulis lihat, rata-rata yang berumur ini. Kot ye pun cadangan tak diterima, perlu ke sampai di bawa ke luar?

“itula, kan aku dah cakap, buat itu ini. tengok la nanti, program tah kemana”. taknak dengar cakap”.

Sebagai contoh, kalau lah akan datang nanti, ada mesyuarat sebegitu dan idea kita diterima, tetapi adakah itu melayakkan kita untuk mempertikai idea orang lain?. Kan tak elok. Itu idea dia, kita patut hargai dan berterima kasih. Ada banyak lagi cara lain untuk kita tolak dengan berhemah, bukan makin diperbesarkan.

Jadi kepada kawan-kawan, janganlah kita bersikap sebegini. Siapalah kita nak membanding-bandingkan kelemahan orang lain.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda