Biodata Badrul Hisham Abdul Manap

Badrul Hisham Abdul Manap seorang atlit berusia 18 tahun baru – baru ini berjaya memecahkan rekod pecut 100m yang dipegang oleh The “Fying Dayak’s” Watson Nyambek setelah rekod itu selama 17 tahun seolah terkubur semenjak Watson mencatatkan rekod 10.30s di Kejohanan Terbuka Olahraga Malaysia pada tahun 1998.

Badrul Hisham manap

Berikut adalah Biodata Biodata Badrul Hisyam Manap yang berjaya memecahkan rekod pecutan Watson Nyambek :-

  • Nama : Badrul Hisyam Bin Abdul Manap
  • Asal : Melaka
  • Sekolah : Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor
  • Umur : 18 tahun

Pencapaian Lain

  • Hampir memecahkan rekod acara 200m kebangsaan dengan catatan 20.88s tetapi tidak disahkan kerana bantuan angin sebanyak  2.2m/s. Rekod 200m masih kekal milik Tan Sri Dr M.Jegathesan a.k.a. “flying doctor” dengan catatan masa 20.92s direkodkan di Olympic Mexico 1968.
  • Memenangi acara 200m Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei dengan masa 21.39 saat

Rekod Watson Nyambek

Semoga Badrul Hisyam Manap akan terus maju dan berjaya dan satu hari nanti dapat menjadi juara pecut Asia yang baru.

Kongsi pendapat anda