Biodata Gabenor Bank Negara Malaysia 2016

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara pada akhir April 2016.

Datuk Muhammad Ibrahim

Biodata Datuk Muhammad Ibrahim

  • Nama : Datuk Muhammad Ibrahim
  • Gelaran : Datuk MI
  • Umur : 56 tahun (Tahun 2016)
  • Jawatan Terkini : Gabenor Bank Negara Kelapan bermula 1 Mei 2016
  • Jawatan Sebelum : Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 2010
  • Tarikh Sertai Bank Negara : 1984

Latar Belakang Pendidikan

  1. Sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  2. Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya
  3. Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Beliau juga berkhidmat sebagai :

  1. Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan
  2. Ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan
  3. Ahli Institut Akauntan Malaysia
  4. Ahli panel Dana Amanah Nasional
  5. Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
  6. Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa
  7. Felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.

Sumber

Kongsi pendapat anda