Biodata Penuh dan Fakta Menarik Donald Trump

Biodata Donald Trump Presiden Amerika Syarikat

Donald Trump lahir dan dibesarkan di Bandar Raya New York. Beliau menyertai Akademi Ketenteraan New York (N.Y.M.A) ketika berumur 13 tahun sehingga berumur 18 tahun dan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam ekonomi dari Sekolah Wharton, Universiti Pennsylvania pada tahun 1968. Pada tahun 1971, beliau telah diberi kawalan hartanah dan firma pembinaan bapanya. Beliau kemudiannya menamakan semula firma itu kepada The Trump Organization.

Donald John Trump ialah seorang ahli perniagaan, penerbit televisyen, ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat terkini. Beliau merupakan pengerusi dan presiden The Trump Organization sejak tahun 1971. Beliau dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke–45 semasa pilihan raya tahun 2016 sebagai calon Parti Republikan selepas mengalahkan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton. Pada usia 70 tahun, Trump merupakan orang tertua untuk mengambil alih jawatan presiden.

fakta-donald-trump

Tarikh Lahir : June 14, 1946,

Tempat Lahir : Queens, New York City, New York, United States

Isteri : Ivana Trump (1977 – 1992), Marla Maples (1993 – 1999), Melania Trump (sejak 2005)

Anak-anak : Donald Trump Jr (1977), Ivanka Trump (1981), Eric Trump (1984), Tiffany Trump (1993), Barron Trump (2006)

Pendidikan : Wharton School of the University of Pennsylvania (1968)

Facebook : Donald J. Trump
Instagram : realdonaldtrump
Twitter : realDonaldTrump
Youtube : DonaldTrump
Kekayaan : 3.7 Billion USD

donald-trump-dan-barack-obama

donald-trump-2016

Tandatangan Donald Trump

Tandatangan Donald Trump

Beliau mengacara dan menerbit The Apprentice, sebuah siri televisyen dalam saluran NBC dari tahun 2004 sehingga 2015. Setakat tahun 2016, beliau disenaraikan oleh Forbes sebagai orang ke-324 terkaya di dunia dan ke-156 di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan sebanyak $3.7 bilion pada bulan Oktober 2016.

Kongsi pendapat anda