Biodata Sultan Muhammad V Sultan Kelantan

Sultan Muhammad yang merupakan Sultan Kelantan akan menjadi Yang Dipertuan Agong seterusnya iaitu yang ke 15 mengantikan Sultan Abdul Halim untuk 5 tahun berikutnya bermula 13 Disember 2016.

Biodata Penuh Sultan Muhammad V

Nama Penuh Baru : Sultan Muhammad V
Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra
Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong ke 15
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969
Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan
Umur : 47 tahun (Tahun 2016)
Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra
Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai)
Senarai Adinda :

  • Tengku Muhammad Faiz Petra
  • Tengku Muhammad Fakhry Petra
  • Tengku Amalin A’ishah Putri

Pendidikan:

  • Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975.
  • Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
  • Kelas Persediaan – The Alice Smith School,
  • A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989
  • Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
  • Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London
  • Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
  • European Business Administration – European Business School London.

Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya. Pada Januari 2010, dikala ayanhanda baginda, Sultan Ismail gering, baginda sendiri telah menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya.

Allahuakbar!

Kongsi pendapat anda