Biskut ‘Drive Thru’

Menganjak ke usia 60 tahun tidak membantutkan dua orang insan untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan sambil memperoleh pendapatan.

Ghazali Hassan (58) dan Halijah Shahidan (62), masih gigih mencari rezeki dengan cara yang boleh dikatakan unik iaitu dengan menggunakan ‘food truck’.

Mereka menggunakan wang pencen sebanyak RM50,000 dengan membeli lori kecil yang kemudian dijadikan trak makanan dengan menjual lebih 100 biskut ala pandu lalu di Pantai Dalam.

1-biskut-pandu-laju

“Saya terfikir apa yang ingin dilakukan selepas pencen. Selepas berbincang dengan isteri kami bersetuju untuk memulakan perniagaan.

Sementara itu, Halijah berkata, setiap hari dia dan suami menjual lebih 30 kilogram pelbagai jenis biskut. Antara biskut yang digemari masyarakat ialah ‘Chocobi’ , ‘Waffle Stick’ dan ‘Apollo’.

Harga yang diletakkan juga berpatutan iaitu RM 2.50 per 100 gram. Mereka akan mula beroperasi seawal jam 9:00 pagi – 6:00 petang.

Bagi yang ingin membeli boleh berjumpa beliau di Pantai Dalam. Cepat tau.

Kongsi pendapat anda