Blogger ditahan kerana ugutan bunuh Menteri Besar Kedah

Seorang blogger berusia 37 tahun telah ditahan reman kerana menyatakan niat beliau akan membunuh setiausaha sulit sultan dan menteri besar kedah, sekiranya ada pihak yang boleh memberikan pistol dan peluru kepada beliau. Ini merupakan perkara yang perlu diambil berat kerana melibatkan keselamatan negara.

Blogger di tahan penjara

Kelmarin lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak di seluruh Kedah terhadap blogger Padi Jantan kerana mengugut untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sekiranya anda ingin bergurau, pilihlah topik yang lain. Perkara seperti niat untuk membunuh dan seumpamanya adalah bukan bahan gurauan. Sebagai penggiat social media, anda perlu lebih arif dan berhati-hati dalam perkara ini.

Kongsi pendapat anda