BN menang di Pengkalan Kubor

11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi. Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

keputusan undi PRK pengkalan kubor

Keputusan PRK Pengkalan Kubor

KEPUTUSAN / RESULT – KELANTAN

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan dengan majoriti bertambah 2,625 undi pada pilihan raya kecil (PRK) Khamis.

Menurut sumber, BN memperoleh 9,960 undi, diikuti PAS dengan 7,335 undi dan Bebas, 37 undi.

-sumber : BERNAMA

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Kongsi pendapat anda