Budak 6 Tahun Diterkam Harimau

Seorang kanak-kanak perempuan dibaham harimau yang dibawa berjalan-jalan oleh tuannya di sebuah pasar. Kejadian dipercayai berlaku di Arab Saudi.

Rakaman yang berdurasi 7 saat itu menunjukkan haiwan buas berkenaan dibawa bersiar-siar di kawasan awam di barat laut negara itu hanya beberapa meter dari orang ramai yang membeli-belah.

Kanak-kanak yang berada disekitar harimau itu dapat dilihat melarikan diri ketika haiwan itu ditunjukkan kepada semua orang.

tiger-attacked-kid

Malangnya, beberapa minit kemudian seorang budak perempuan berusia kira-kira enam tahun datang terlalu dekat dengan harimau itu dan menyebabkan haiwan berkenaan mencakar dan menimpanya.

Kanak-kanak itu menjerit sekuat hati dan pemilik haiwan itu terus bertindak menarik harimau terbabit dari mangsa.

Rakaman berakhir di situ, tetapi saksi mendakwa kanak-kanak itu sempat diselamatkan sebelum dicederakan lebih teruk.

Penulis difahamkan walaupun sudah ada beberapa amaran daripada pihak berkuasa negara Arab Saudi supaya tidak memelihara haiwan yang ganas sebagai binatang peliharaan namun amalan itu dilihat sebagai simbol status, malah haiwan berkenaan juga boleh diiklankan dan dibeli dengan mudah melalui Internet

Kongsi pendapat anda