Budak 9 Tahun Dianggap Wira

baby-jatuh-katil

Hari ini penulis mendapat satu lagi video viral dimana seorang budak berusia 9 tahun dianggap wira apabila berjaya menyambut adiknya yang berusia 11 bulan ketika terjatuh daripada meja menukar lampin.

Ianya dilihat daripada rakaman kamera CCTV, apabila ibunya Tila Levi yang meletakkan bayinya sebelum membantu seorang lagi anaknya melakukan kerja sekolah. Tetapi mujurlah si abang (Joseph) yang berusia 9 tahun bertindak dengan sepantas kilat untuk menyambut adiknya itu.

Jelas Joseph ‘Saya tidak akan dapat sambut dia. Saya tidak boleh berjalan dengan cepat, tapi saya merasakan seperti ada sesuatu yang datang dan menolak saya ke hadapan dan apabila ia berlaku, saya hanya berlari dan menangkap beliau’

‘Saya tidak akan dapat melakukannya sekali lagi kerana saya tidak boleh mengangkat dia.’

Pesan penulis ibubapa hendaklah sentiasa memastikan keselamatan anak supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kongsi pendapat anda