Bunuh Diri Di Kandang Buaya

SEORANG wanita warga emas bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kandang buaya.

Menurut Bangkok Post, wanita tersebut yang dikenali sebagai Wanpen Inyai, 65, melompat ke dalam kandang yang menjadi tempat tinggal lebih 1,000 ekor reptilia ganas itu di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di Thailand.

dimakan buaya
Insiden berlaku pada Jumaat lalu selepas mangsa dilaporkan meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari yang sama.

Saksi mendakwa terlihat wanita tersebut sengaja terjun ke dalam kandang buaya manakala rakaman kamera litar tertutup di zoo terbabit mengesahkan dia menanggalkan kasutnya sebelum membunuh diri.

Pegawai penyiasat polis Muang Samut Prakarn, Kolonel Preecha Iamnui berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pemilik dan kakitangan zoo terbabit menggunakan kayu panjang untuk menghalau berpuluh-puluh ekor buaya yang cuba mengoyakkan mayat mangsa.

Kongsi pendapat anda