Calon MB Selangor: PAS akan hantar 3 nama Adun PKR

PAS Selangor hari ini tetap dengan keputusannya untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon menteri besar baharu Selangor.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan.

Mustafa Ali

“Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana menteri besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini. Jadi kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini,” -Datuk Mustafa Ali

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

Kongsi pendapat anda