Calon PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar

Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini berjalan lancar dan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Bebas, PAS, BN dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi berjalan lancar dengan kehadiran ribuan penyokong dari parti-parti yang bertanding.

Calon PRK Kuala Kangsar

Gambar kedit PerakToday

Wakil calon BN, Mohamad Kamil Shafie, calon PAN, Dr Ahmad Termizi Ramli, calon Bebas, Izat Bukhary dan calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad (dua dari kanan) bergambar bersama selepas diumumkan secara rasmi menjadi calon parti politik masing-masing pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen (P.067) Kuala Kangsar di Pusat Penamaan Calon, Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak

Calon PRK Sg Besar

Sementara itu PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, AMANAH dan PAS selepas SPR menerima tiga borang pencalonan.

Dalam PRK berkenaan, Budiman Mohd Zohdi daripada BN akan berdepan lawannya,  Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS.

Ketiga-tiga calon itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Mohd Khairuddin Md Som, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Calon PRK Budiman

Calon PRK Amanah

PRK Sg Besar

Gambar kredit mKini.

SPR menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun bagi kedua-dua PRK berkenaan.

 

Kongsi pendapat anda