Captcha Halimunan – Tidak Lagi Menyusahkan.

CAPTCHA merupakan satu kaedah yang diguna-pakai untuk membezakan manusia dan robot.

Robot web, juga dipanggil sebagai ‘Bot’, sering disalah guna oleh beberapa individu atau organisasi untuk melakukan serangan siber ke atas satu-satu laman sesawang.

CAPTCHA berperanan untuk menapis risiko tersebut.

contoh-captcha

Walaubagaimanapun, ternyata pelaksanaan CAPTCHA meninggalkan rasa tidak senang kepada ramai pengguna, terutama apabila mereka berhadapan dengan situasi seperti di bawah;

 

 

 

Oleh itu, Google telah memperkenalkan CAPTCHA versi terbaru yang tidak kelihatan.

Ia akan mengenalpasti status pengguna (samada robot atau manusia) dengan cara melihat kepada kebiasaan aktiviti dan pergerakan pengguna di dalam internet.

Lebih memudahkan pengguna, bukan?

dokumen-captcha-halimunan

Kongsi pendapat anda