Cara Membuatkan Video Youtube Berada Di Tengah Post

Kebiasaan yang terjadi apabila meletakkan video di dalam satu-satu artikel, contohnya memasukkan video yang diambil daripada youtube, video tersebut akan muncul di bahagian kiri artikel, seperti gambar di bawah;

video-berada-di-sisi

Sebelum mengubah posisi video, satu perkara perlu diambil perhatian.

Video yang anda muat-naik haruslah menggunakan ‘embed code‘.
Jika anda memuat-naik video tersebut dengan cara copy-paste link URL dari youtube, sila ubahnya kepada embed code.

 

Bagaimana nak dapatkan embed code video?

copy-embed-code

  1. Di laman Youtube, klik ‘Share‘ di bawah video yang dipaparkan.
  2. Klik ‘Embed‘.
  3. Copy keseluruhan ayat yang tertera di dalam petak teks.

Setelah mendapatkan embed code tersebut, pergi ke bahagian edit post di dashboard wordpress dan klik bahagian Text. Sila rujuk gambar di bawah;

bahagian-text-html

Gantikan link URL yang anda masukkan sebelum ini dengan embed code yang telah anda copy tadi.

Jika anda update post anda sekarang, masih tiada sebarang perubahan yang berlaku.

Berikut merupakan pilihan cara yang boleh dilakukan untuk mengubah posisi video anda.

 

3 kaedah untuk membuatkan posisi video berada di tengah:

  1. TAG CENTER

    guna-centre-tagDi bahagian Text, masukkan <center> sebelum embed code video, dan tutup dengan </center> di hujung embed code video.Ia akan nampak seperti gambar di atas.

  2. TAG DIV ALIGN

    guna-div-alignMasukkan <div align=”center”> sebelum embed code, dan tutup dengan </div> selepas embed code.

  3. TAG DIV STYLE

    guna-div-styleMasukkan <div style=”text-align:center;”> sebelum embed code, dan tutup dengan </div> selepasnya.

 

Setelah memasukkan salah satu daripada 3 cara yang ditunjukkan di atas, klik butang update post.

Kini video anda sudah berada di tengah dan kelihatan lebih kemas untuk dilihat.

video-di-tengah

Semoga anda juga berjaya!

 

Kongsi pendapat anda