Cara Mengubah Atau Membuang Footer ‘Powered by WordPress’

nota-kaki-footer-wajib

Bagi pengguna laman WordPress, mungkin ada masanya anda rasa terganggu dengan ayat “Proudly Powered by WordPress” atau ayat yang menunjukkan kredit kepada tema (theme) yang dipasang di bahagian paling bawah laman.

Bahagian kawasan yang terdapat ayat kredit tersebut dipanggil sebagai ‘footer‘, yang bermaksud nota kaki.

footer-asamboi

3 CARA UNTUK MENGUBAH KREDIT DI FOOTER LAMAN ANDA:

  1. UBAH SUAI TEMA LAMAN

    Bagi sesetengah tema, di bahagian ubah suai (customize), anda boleh mengubah footer secara terus.
    Tips: Cari perkataan [Copyright] atau [Footer]divi-footerJika anda menggunakan Tema Divi, klik Footer > Bottom Bar.

    divi-bottom-bar

    Di bahagian Bottom Bar berkenaan, skrol ke bawah sehingga anda menemui bahagian berikut,

    divi-bb-disable-footer-credits

    Klik petak DISABLE FOOTER CREDITS.

    Kredit yang terdapat di bahagian laman anda akan terus hilang.
    Jangan lupa klik SAVE atau SIMPAN setelah melakukan perubahan.

    Jika anda ingin mengekalkan kredit tetapi mengubahnya kepada ayat anda sendiri, isikan ayat tersebut di dalam petak di bawah EDIT FOOTER CREDITS.

    divi-edit-kredit

  2. MELAKUKAN PERUBAHAN DI FAIL FOOTER TEMA ANDA

    Jika tema yang anda gunakan tidak mempunyai pilihan ubah suai seperti contoh di atas, anda masih boleh mengubah footer laman dengan menggunakan cara ini.

    Walaubagaimanapun, dinasihatkan sebelum anda melakukan sebarang perubahan kepada fail ini, seeloknya anda copy keseluruhan ayat coding fail ini dan simpan fail original ini.

    Ini untuk memastikan anda masih mampu pulang ke wajah asal footer anda andai berlaku sesuatu yang tak diingini.

    Ikuti langkah ini;

    ubah-fail-footer

    Pergi ke dashboard laman anda, dari situ klik Appearance > Editor.

    Di bahagian kanan sekali, di bawah pilihan Templates, klik Theme Footer.

    Untuk memastikan anda sudah klik fail yang betul, rujuk ke bahagian bertanda nombor 4 seperti di atas.
    Ia sepatutnya tertera tajuk “Theme Footer”.

    Ini masanya anda save fail ini.
    Copy keseluruhan code dan paste di dalam text editor (seperti Notepad) dan simpankannya.

    Cari bahagian yang tertulis “Proudly powered by”, kemudian perhatikan beberapa baris ayat sebelum dan selepasnya yang tertulis seperti berikut.
    Ayat “Proudly powered by” berada di dalam bahagian bertanda […]

    Rujuk gambar bertanda [A] seperti di bawah,

    buang-atau-ubah-kod-footer

    Anda boleh buangkan seluruh kod ini, kemudian klik butang ‘Update File‘ untuk membuang terus ayat kredit tersebut.

    Jika anda ingin mengubahnya, perhatikan ayat-ayat bergaris dengan tanda [B].
    Garisan pertama merujuk kepada sebarang link URL jika anda meletakkan pautan kepada ayat anda.
    Manakala dua garisan seterusnya merujuk kepada ayat yang akan tertera di footer laman anda.
    Klik butang ‘Update File‘ setelah anda melakukan perubahan.

    Namun, jika Theme Footer anda tidak mempunyai ayat “Proudly powered by seperti di atas, contohnya seperti tema Twenty Seventeen dari Wordpress, cari ayat berikut dan buangkannya sebelum anda klik butang ‘Update File‘.


  3. UBAH SUAI ‘ADDITIONAL CSS’

    Untuk kaedah yang terakhir ini, anda digalakkan untuk TIDAK menggunakannya.

    Ia amat mudah untuk dibuat dan berkesan, namun ia tidak baik untuk SEO laman anda.

    Kaedah ini adalah kaedah yang sama orang menghantar spam dan Google tidak menyukainya.Risiko menggunakan kaedah ini ialah; laman anda mungkin akan di-flag oleh Google, lantas menyebabkan laman anda tidak keluar di dalam trafik carian.

    Kaedah yang disebut ialah meletakkan code berikut di dalam bahagian Additional CSS ubah suai tema anda,

    kod-hilangkan-footer

Kongsi pendapat anda