Cara Mengubah Bahasa Di Laman Sesawang WordPress

 

Ramai pengguna internet kini telahpun mempunyai domain website tersendiri hasil pembelian nama domain.

Dan mungkin wujud segelintir kelompok dari mereka yang gemar menerokai alam blogging dan website ini ingin membina sendiri blog dan website mereka, tetapi agak kecewa kerana kurang mahir istilah Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama yang digunakan oleh WordPress.

Tahukah anda, anda boleh menukar bahasa yang digunakan di laman tersebut kepada bahasa pilihan anda?

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pastikan anda telah mendaftar masuk (log in) ke akaun laman anda.
  2. Pergi ke ‘dashboard‘ laman anda dengan cara klik nama laman anda yang berada di penjuru kiri paparan laman.klik-ke-dashboard

     

  3. Klik ke Settings > General.pergi-ke-setting

     

  4. Di dalam paparan Settings > General tersebut, pergi ke bahagian bawah paparan ke bahagian yang tertulis ‘Site Language‘.Klik kotak di sebelahnya dan pilih Bahasa Melayu (atau apa-apa bahasa yang dikehendaki).

    Kemudian klik butang berwarna biru yang tertulis ‘Save Changes‘.

    pilih-bahasa-melayu

     

  5. Apabila anda berjaya menyimpan perubahan anda, anda akan mendapati paparan lama anda bertukar bahasa mengikut bahasa yang dipilh dan keluar notis tetapan disimpan ini,notis-tetapan-disimpan

     

  6. Anda akan mendapati wujudnya kemas kini terbaru.Klik kepada kemas kini tersebut dan kemas kini laman anda untuk memastikan wordpress berjaya melakukan perubahan kepada keseluruhan laman.

    kemas-kini

     

  7. Tunggu beberapa ketika sehingga kemas kini selesai.wordpress-berbahasa-melayu

     

  8. Jika anda klik nama laman anda di penjuru atas kiri paparan dan pergi ke Lawati Laman, anda akan mendapati laman anda kini sudah bertukar ke bahasa yang dipilih.laman-kini-berbahasa-melayu

     

Kini anda boleh menyusun atur laman anda dengan lebih selesa dan difahami.

Kongsi pendapat anda