Cara Solat Jenazah Ghaib

Solat ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.

Solat Ghaib sunah dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan. “Sesungguhnya Nabi telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah sebulan lamanya.”

Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah.

Syarat solat jenazah

  • Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat dan mengadap kiblat.
  • Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
  • Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
  • Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.

Cara Melaksanakan Solat Ghaib

Solat Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa, cuma berbeza pada niatnya saja. Di dalam solat jenazah ghaib ini tidak terdapat rukuk, sujud, dan duduk tahiyyat hanya terdapat takbir dan salam. Iaitu semuanya dilaksanakan dalam keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.

Niat Solat Ghaib:

Niat jenazah yang diketahui namanya

niat-solat-jenazah-ghaib

Niat jenazah yang dikenali jantinanya

niat-solat-jenazah-ghaib-jantina

Jika mayat yang ada itu ramai, lafaz niatnya adalah

niat-solat-jenazah-ghaib-ramai

  • Niat dan takbir pertama – Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu ‘Takbiratul Ihram’ (Takbir Pertama)
  • Baca Al-Fatihah
  • Takbir Kedua
  • Membaca selawat
  • Takbir Ketiga
  • Membaca doa – Contohnya seperti doa ringkas berikut:

doa-solat-jenazah

  • Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  • Doa Selepas Solat Jenazah

doa-selepas-solat-jenazah

Menjadi fardu kifayah atas yang hidup menyempurnakan mayat si mati iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Tetapi bagi mayat yang hilang tidak dijumpai, tidaklah dapat disempurnakan ke atas mayat itu.

Kongsi pendapat anda