Cara Untuk Set dan Ubah “Continue Reading..”

Apabila menyinggah blog penulis-penulis lain, ada ketikanya anda akan perasan sesetengah penulis blog meletakkan link atau butang “Continue Reading” untuk memendekkan jumlah ayat yang tertera di muka hadapan blog mereka.

Link atau butang tersebut dipanggil sebagai “Read More tag” dan boleh diletakkan secara terus di bahagian  Add New Post ketika anda menulis atau mengubah artikel.

butang-continue-reading

Berdasarkan gambar di atas, “Read More tag” boleh ditemui di baris yang sama dengan perkataan “Paragraph” dan merupakan ikon yang kedua dari kanan.

Letakkan kursor teks di baris yang anda ingin sesebuah artikel berakhir dan disambung dengan “Continue Reading”, kemudian klik pada ikon “Insert Read More tag”.

Baris yang berada di bawah tanda [….MORE….] tidak akan kelihatan di laman hadapan blog.

artikel-continue-reading

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGUBAH AYAT “CONTINUE READING”?

Kaedah memasukkan “Read More tag” memang agak mudah dilaksanakan memandangkan fungsinya sudah sedia ada di bahagian penulisan artikel.

Walaubagaimanapun, tag tersebut telah di-set kepada ayat “Continue Reading”.

Jika anda menulis artikel di dalam bahasa selain Bahasa Inggeris, seperti contoh gambar di atas yang menggunakan Bahasa Melayu, pasti anda ingin mengubah ayat di dalam butang tersebut kepada bahasa yang sama agar selari dengan gaya penulisan anda.

Ia boleh diubah dengan cara melakukan sedikit perubahan pada fail di dalam tema (theme) laman anda.

*Pastikan anda berhati-hati ketika melakukan perubahan dan menyediakan backup bagi fail yang akan diubah.

 

fail-functions-twentyseventeen

LANGKAH PERTAMA

Dari Dashboard, pergi ke Appearance > Editor > Theme Functions.

Di sini anda akan mengakses fail functions.php tema anda.

 

edit-continue-reading-theme-functions

LANGKAH KEDUA

Setelah anda berada di dalam Theme Functions (functions.php), anda harus mencari perkataan yang sama tertera di dalam butang “Read More tag” anda.

Sebagai contoh, jika butang anda tertera “Continue Reading”, anda harus mencari perkataan yang sama.

Untuk mengakses kotak carian seperti ditunjukkan dalam gambar, tekan [CTRL+F] pada papan kekunci komputer anda.

Taip perkataan yang ingin dicari dan tekan [ENTER].

Jika ia menunjukkan 1 keputusan seperti tema yang digunakan di dalam contoh di atas, kenal pasti kedudukannya dan ubah perkataan “Continue Reading” tersebut dengan apa-apa perkataan atau ayat yang anda mahukan.

Kemudian klik Update File untuk menyimpan perubahan yang telah dibuat.

ubah-tema-teruskan-membaca

 

TEMA YANG SAYA GUNAKAN TIDAK MENUNJUKKAN HASIL CARIAN SEPERTI YANG DITUNJUKKAN BAGI “CONTINUE READING”, BAGAIMANA?

tambah-kod-twentyseventeen

Jika tema yang anda gunakan tidak memberikan hasil seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di atas (contohnya jika anda menggunakan tema twenty-seventeen dan seangkatan dengannya), anda masih boleh melakukan perubahan dengan menambah kod ini;

Masukkan kod di atas di hujung fail Theme Functions anda, kemudian ubah teks yang anda mahukan di tempat yang tertera seperti yang ditunjukkan pada nombor 3 di dalam gambar.

Setelah selesai, klik butang Update File.

Kini anda sudah berjaya mengubah teks “Read More tag” anda.

Kongsi pendapat anda