Cerita Bas Awam

bas-awam

Berikut merupakan tiga cerita pendek masyarakat Malaysia yang tersenarai dalam carta tertinggi kesukaan penulis sepanjang penaakulan penulis menaiki pengangkutan awam :-

  1. Seorang pemuda berbangsa India tidak dapat menaiki bas kerana tidak mempunyai wang kecil yang mencukupi untuk ke destinasi kerana wang yang ada adalah lebih besar dari tambang yang sepatutnya. Dengan rasa segan, dia menghampiri orang-orang lain yang masih menunggu bas, cuba mencari sesiapa yang mempunyai pecahan duit kecil. Sejurus selepas dia menghampiri dua orang makcik berbangsa Cina, setiap seorang dari kedua-dua makcik itu menghulurkan sekeping not tanpa meminta baki.

  2. Seorang lelaki Cina yang menghadapi masalah penglihatan, malah menggunakan tongkat untuk menaiki dan menuruni bas ke tempat kerja. Apabila dia lalu di sebelah dua orang kakak yang sedang berborak (kakak-kakak ini masing-masing berbangsa Melayu dan India), kedua-duanya lantas menghulurkan bantuan menuntun lelaki ini.

  3. Seorang pemuda berbangsa Melayu menaiki bas dan di belakangnya ada seorang makcik India. Sejurus membayar tambangnya kepada pemandu bas, dia bertanyakan ke mana makcik itu mahu pergi dan membantunya duduk. Tidak lama selepas itu, pemuda tersebut pergi ke arah pemandu bas dan menghulurkan tiket yang sudah dibayar kepada makcik tadi.

pelbagai-bangsa

Masyarakat majmuk memperlihatkan dengan lebih jelas nilai manusiawi di sekeliling kita.

Dari cerita di atas, agak-agak di manakah watak kita?

Kongsi pendapat anda