Cermin Kokpit Rayani Air Retak, 200 penumpang terkandas

Rayani Air sedang menyiasat sama ada pesawatnya, yang terkandas di Langkawi pagi ini, rosak akibat tindakan sabotaj atau sebaliknya. Syarikat penerbangan baru ini berkata pesawat Boeing 737 tidak mengalami masalah teknikal tetapi cermin utama di kokpit retak.

“Bagi pihak Rayani Air, kami memohon maaf akibat pembatalan penerbangan dari Langkawi hari ini. Pembatalan ini bukan kerana masalah teknikal. Cermin di bahagian kokpit pesawat kami didapati retak selepas penerbangan malam tadi. Kami sedang menyiasat insiden ini sama ada ia tindakan khianat atau tidak.” – Rayani Air-

Rayani Air terkandas

Lebih 200 penumpangnya terkandas di lapangan terbang pulau pelancongan itu selepas penerbangan RN180 dibatalkan. Penerbangan  itu, menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), dijadual berlepas pukul 11.10 pagi ini tetapi tidak dibenarkan selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu gagal diselesaikan.

Dalam kenyataan sama, Rayani Air berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan insiden tersebut.

Kapal terbang Rayani Air

Penumpang boleh mendapatkan bayaran balik tiket pesawat boleh menghubungi talian utamanya di 03-2721 4925

Kongsi pendapat anda