Changi Airport – Lapangan Terbang Terbaik di Dunia 2013-2017

Lapangan Terbang Changi Singapura telah diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Dunia 2017 di Anugerah Skytrax Lapangan Terbang Dunia 2017 (‘Skytrax World Airport Award’).

Lapangan Terbang Changi telah menduduki tempat pertama sebagai Lapangan terbang Terbaik Dunia selama 5 tahun berturut-turut sejak 2013.

Pada tahun sebelumnya, 2012, Lapangan Terbang Changi Singapura berada di tempat kedua, selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea.

Berikut merupakan senarai Top 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2017:

  1. Lapangan Terbang Changi Singapura
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda)
  3. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
  4. Lapangan Terbang Munich
  5. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
  6. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad
  7. Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair Nagoya
  8. Lapangan Terbang Zurich
  9. Lapangan Terbang Heathrow London
  10. Lapangan Terbang Frankfurt

Kongsi pendapat anda