Cheetah Diancam Kepupusan

cheetah-kepupusan

Cheetah, haiwan yang dikenali sebagai binatang terpantas di dunia, berhadapan dengan krisis populasi yang semakin mengecil.

Dianggarkan terdapat sejumlah 7,100 ekor cheetah sahaja lagi yang tinggal di habitat liar.

cheetah-makan

Segelintir manusia berebutkan makanan mereka untuk dijadikan sajian istimewa dan dijual mahal.

Cheetah yang selama ini berada di dalam status ‘haiwan yang terjejas dan perlu dilindungi’ bakal bertukar ke status ‘haiwan terancam’.

Jika pengurangan angka ini berterusan, tidak mustahil spesis dari keluarga kucing ini bakal bertukar status kepada ‘haiwan pupus’ tidak lama lagi.

cheetah-anak

Fitrah anak-anak cheetah ini untuk hidup liar terganggu apabila manusia menyeludup mereka untuk kepuasan sendiri.

Berikut merupakan antara faktor yang mengancam populasi cheetah:

  • kehilangan habitat,
  • serangan penduduk,
  • kekurangan sumber makanan seperti antelop (yang juga diburu manusia untuk dijadikan sajian mereka),
  • perdagangan haram anak-anak cheetah,
  • penyeludupan kulit cheetah,
  • risiko dilanggar kenderaan
cheetah-jalan

Disebabkan habitatnya terganggu dan diambil manusia, mereka terpaksa menggunakan jalan yang dilalui kenderaan manusia dan berhadapan dengan risiko dilanggar.

Kongsi pendapat anda