China: Polisi Dua Anak Tindakan Bijak

Pada penghujung tahun 2015, kerajaan China telah menamatkan polisi satu anak bagi satu keluarga yang telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an.

jururawat-dan-bayi

Berikutan itu, China telah membenarkan rakyatnya untuk mempunyai dua orang anak bagi satu keluarga.

China menganggap perubahan polisi ini sebagai satu tindakan bijak dan satu kejayaan apabila kadar kelahiran baru berjaya mencapai kenaikan 1.4 juta pada 2016, berbanding purata kelahiran baru sepanjang 2011-2015, lantas mencatat jumlah kelahiran sebanyak 17.86 juta.

warga-emas

Polisi baru ini juga adalah untuk menangani kerisauan kerajaan China akan pertambahan kos pembiayaan jumlah warga berusia yang kian meningkat dan angka tenaga kerja yang semakin berkurang.

Selari dengan pertambahan angka kelahiran, peruntukan telah dibuat untuk meningkatkan bilangan kakitangan perubatan dan katil hospital.

Kongsi pendapat anda