Chizza Kini Di KFC Singapura

kfc-chizza-singapura

Sumber: KFC Singapura

Chizza, menu ayam berinspirasikan pizza, merupakan menu yang baru dilancarkan di KFC cawangan Singapura minggu ini.

Menu tersebut yang mula diperkenalkan di KFC Filipina pada tahun 2015 telah berjaya disusuli oleh KFC Thailand, Taiwan, Korea, Jepun dan India.

isi-chizza

Sumber: KFC Singapura

Istimewanya menu ini, seperti pizza yang dilapisi dengan bahan-bahan tambahan dan sos di bahagian atas, Chizza juga sama. Ia dilapisi dengan ham ayam, potongan nanas, keju mozarella dan sos keju istimewa KFC.

Namun bezanya, berlawanan dengan kebiasaan pizza yang menggunakan roti sebagai lapisan asas di bawah, Chizza adalah sepenuhnya filet ayam yang digoreng rangup.

Maklumat lanjut di sini.
Bila agaknya ia akan tiba di KFC Malaysia?

Kongsi pendapat anda