Chong Wei Ke Suku Akhir Kejohanan Dunia 2014

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Khamis.

Selaku pilihan utama, Chong Wei berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik selepas mudah menundukkan pemain Ireland, Scott Evans 21-11 dan 21-12 dalam masa 36 minit.

lee chong wei kejohanan dunia denmark

Lee chong wei mara ke peringkat suku akhir

Chong Wei, 31, akan berdepan dengan pemain pilihan keenam, Wang Zhengming pada aksi suku akhir, Jumaat.

Sekiranya berjaya mengekalkan rekod bersih dengan Zhengming, Chong Wei dijadual menentang pemenang antara pilihan ke-14, Viktor Axelsen dan Tien Chen Chou dari Taiwan dalam peringkat separuh akhir, Sabtu.

Chong Wei menyifatkan kejayaan melepasi pusingan ketiga itu merupakan satu permulaan yang berliku dalam misi memburu gelaran dunia yang masih belum dikecapi sepanjang kariernya.

Dalam pertemuan terakhir pada Terbuka Malaysia 2014, Januari lepas, Chong Wei mengatasi lawannya itu dalam ‘straight-set’ 21-17 dan 21-18.

Kongsi pendapat anda