Cili Meningkatkan Jangka Hayat

“Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.”

Menurut kajian, yang merasai kepedasan dan ‘kepanasan’ cili ini hanyalah golongan mamalia seperti kita, manusia.

Ia tidak dirasai oleh kelompok lain seperti burung, yang menjadi agen penyebaran biji cili.

Dan disebabkan rasa pedas inilah, ia membawa lebih manfaat kepada tubuh manusia.

cili-cili

Rasa pedas yang dialami apabila makan cili sebenarnya merupakan tindak balas yang berlaku apabila kapsaisin, sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam isi cili, dibebaskan ke dalam air liur.

Kapsaisin ini kemudiannya bergabung dengan TRPV1, salah satu reseptor, di dalam mulut dan lidah.

Seorang dewasa yang memakan cili dapat mengurangkan kadar kematian sebanyak 13%.

Sebuah penyelidikan mengenai tindak balas cili dengan jangka hayat manusia telah diterbitkan pada awal tahun ini.

petikan-kajian-cili

Berdasarkan kajian tersebut, mereka mendapati pengaktifan TRPV1 yang disebabkan kapsaisin dari cili memberi banyak manfaat.

Antara manfaat yang dinyatakan ialah, ia mampu mengatasi masalah obesiti.

Apabila terselamat daripada obesiti, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit merbahaya yang berkait dengannya, seperti masalah jantung.

Anda boleh baca terbitan kajian tersebut dengan lebih lanjut di sini.

Kongsi pendapat anda