Curi Ubat HKL RM1.5 juta kerja ‘Orang Dalam’

Mana mungkin ubat yang bernilai jutaan ringgit itu hilang dengan sendirinya.

Dengan bantuan kakitangan, ubat-ubatan bernilai hampir RM1.5 juta dan peralatan dicuri daripada hospital awam dari hujung 2011 hingga 2012, menurut penemuan ketua audit negara.

Laporan audit negara itu menyebut, pada November 2011, satu kes kecurian 68 jenis stok ubat berjumlah RM1.21 juta telah berlaku di Substor Farmasi Neurosains dan Substor Farmasi Urologi/Nefrologi HKL.

Curi Ubat HKL

“Hasil siasatan yang dijalankan oleh HKL mendapati kecurian ini dilakukan oleh orang dalam yang sentiasa berurusan dengan pihak stor serta mengetahui kelemahan pengurusan kunci substor”

Sebahagian bekalan bernilai RM0.74 juta ditemui pada Januari 2012. Pihak audit turut mendapati kehilangan empat jenis aset iaitu kompresor penghawa dingin, syringe pump, physiologic monitoring system dan pulse oxymeter bernilai RM610,000.

Asamboi : Begitu mudah barang bernilai dilaporkan hilang di HKL, ataupun orang dalam yang tamak haloba dengan keuntungan?

Kongsi pendapat anda