Danny Welbeck pemain baru Arsenal

Arsenal mengesahkan mereka sudah menandatangani kontrak bersama penyerang England, Danny Welbeck dari kelab pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United ketika jendela perpindahan ditutup, awal pagi tadi.

“Semua orang di Arsenal mengalu-alukan kehadiran Welbeck ke kelab ini dan tidak sabar untuk menyaksikan sumbangannya ketika memakai jersi Arsenal musim ini,” kata kelab itu dalam laman web (www.arsenal.com).

gambar danny welbeck

Pengurus, Arsene Wenger terdesak untuk menguatkan jentera serangan selepas kehilangan penyerang Perancis, Olivier Giroud akibat kecederaan.

Welbeck yang merupakan pemain kebangsaan England memang sesuai dengan Arsenal yang mempunyai ramai pemain England antaranya Wilshere, Gibbs, Chambers dan Oxlade-Chamberlain.

Kongsi pendapat anda