Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris ‘ambil alih’ The Red Giants?

Selepas Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, kini telah berlegar-legar di stadium yang mengatakan Datuk Aliff Syukri selaku pengasas DHerbs ingin menaja pasukan bolasepak Selangor Darul Ehsan.

Jika dilihat di laman media sosia Facebook beliau, Datuk Aliff mengatakan belum ada kata putus yang dibuat dan sekurang-kurangnya empat pasukan sudah menghubunginya untuk perihal tajaan pasukan.

Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris

As salam semua…kecoh hari ni berita2 utama saya nak taja pasukan bola sepak…..yang sebenarnya mmg ada beberapa permintaan tapi belum ada kata putus sbb apa2 keputusan yg dibuat mestilah difikirkan kebaikan dan juga yg sebaliknya…dan saya minta juga pendapat rakan2 fb dan ig saya…..perlu x anda rasa dan pasukan apa yg paling win di hati anda….. -Datuk Aliff Syukri-

Apakah akan ada persaingan di antara pasukan-pasukan bolasepak Malaysia yang mengharapkan suntikan dana untuk pasukan masing-masing? Adakah kini menjadi trend boss besar produk kecantikan kini menjadi orang yang terkaya di Malaysia?

Dan…

Adakah Qu Puteh VS Terlajak Laris??

Kongsi pendapat anda