Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, meninggal dunia awal pagi 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarhamah yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan paru-paru, lapor Astro Awani.

Allahyarhamah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Menurut laman tersebut, Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Sharifah Aini merupakan anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Titik tolak Kak Pah menjadi artis bermula selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam.

Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun. Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006

Kongsi pendapat anda