David Duchovny & Tea Leoni Bercerai?

SELEPAS 17 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya David Duchovny dan Tea Leoni memutuskan untuk bercerai.

Menurut laporan E! Online, pasangan itu kini masih lagi dalam proses penceraian di mahkamah.

David Duchovny & Tea Leoni Mahu Cerai

David Duchovny & Tea Leoni Mahu Cerai

“Perceraian mereka bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana keretakan rumah tangga mereka sudah dapat dihidu pada beberapa tahun lalu,”.

Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua selebriti itu tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi. Terdahulu, David dan Tea memutuskan berpisah pada tahun 2008 ketika David sedang menjalani pemulihan ketagihan seks.

Namun tidak lama selepas itu mereka kembali rujuk semula. Pasangan itu berkahwin pada tahun 1997 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Kyd Miller, 12 dan Madelaine West, 15.

Kongsi pendapat anda